PROMOSI TERKINI ( OKTOBER 2008 )

Tawaran Terhad!!!
  • Pelan MESRA
  • Pelan PRIMA
  • Pelan WARISAN
  • Pelan SARJANA
Jika saudara/i mendaftar hari ini...
anda akan berpeluang mendapat “souvenir bernilai RM100”
ATAU HANDPHONE NOKIA MENJADI MILIK ANDA
daripada kami.
Hubungi kami segera
AHMAD
Perunding Takaful
BAS 41396
016-677 7071

PELUANG PEKERJAAN ( JAWATAN KOSONG )


Pengambilan Wakil Takaful Telah Dibuka Sekarang
Sesiapa yang berminat untuk mendapat pendapatan tambahan atau menjadikannya sebagai kerjaya tetap di samping membina perniagaan sendiri
WAKIL
SEPENUH MASA & PART TIME
DIPERLUKAN SEGERA !!!!
SYARAT KELAYAKAN
  • Kelulusan : SPM / KOLEJ / UNIVERSITI
  • ** Lepasan Graduan dan Suri Rumah juga digalakkan memohon

KELEBIHAN MENJADI WAKIL

  • Pendapatan
  • Bonus Tahunan
  • Masa kerja fleksibel
  • Peluang Melancong ke luar negara
  • Latihan disediakan
  • Bekerja sambil menyebarkan MUAMALAT Islam

Untuk Pertanyaan atau maklumat lanjut, Sila Hubungi

AHMAD

H/P : 016-677 7071

EMAIL : etiqa_takaful79@yahoo.com


MENGAPA PERLU INSURANS / TAKAFUL

Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka.


Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].

Ada kalanya musibah ini merupakan satu ujian yang berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Lantas Allah s.w.t menurunkan balanya agar manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Ruum ayat ke-41 yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada' dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.
Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.

Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.
Dalam hal ini, konsep takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.
Risiko yang dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara-perkara yang berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).

Bagaimanapun, bila kita membicarakan tentang persoalan yang berkaitan dengan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak-anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.
Risiko yang berkaitan dengan harta benda sekarang ini memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya.
Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko agar ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.

Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan juga tidak terkecuali. Bagi yang mengambil perlindungan takaful, mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu yang mendukacitakan.

Produk-produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah (houseowner's and householder's takaful) merupakan antara produk-produk yang menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun banjir.

Bagaimanapun produk-produk yang dinyatakan di atas hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. Ini merupakan satu kekangan kepada pemilik-pemilik rumah kayu terutamanya yang tinggal di desa-desa untuk menyertai skim takaful di atas.

Rumah sebagaimana yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang positif kepada warganya. Ini bertepatan dengan maksud hadis berikut:
Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". (Riwayat al-Baihaqi).
Mungkin sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi para pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana-bencana yang biasa melanda negara seperti banjir ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu cara-cara yang terbaik untuk mengurus risiko. Perlindungan takaful merupakan satu cara yang terbaik yang boleh digunapakai kerana ia selaras dengan kehendak syariah.

Memang kita mengakui bahawa tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau kematian orang tersayang amat sukar untuk ditukarganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang terdapat di dalam konsep takaful, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kerugian serta tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini. Apa yang penting ialah perlu ada keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa / diri dan perlindungan risiko ke atas harta benda. Akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.
Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, pada masa ini jumlah rakyat Malaysia yang memiliki insurans, hanyalah 44 peratus sahaja.Jika ditinjau dari sudut penyertaan skim insurans konvensional, hanya 5-8% sahaja kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu-isu yang berkaitan dengan syariah merupakan sebab utama orang Melayu kurang berminat untuk membeli insurans konvensional.

Apa yang peliknya, penyertaan mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Ini yang dikatakan kesedaran kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di kalangan orang Islam di Malaysia. Mungkin kesedaran untuk mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh dari peringkat kecil lagi di mana kempen-kempen perlu dimulakan di peringkat sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan ke dalam kursus-kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang peri pentingnya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam rumahtangga dan memulakan keluarga sendiri.

PELAN SARJANA ( PELAN PENDIDIKAN )

Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.

Manfaat Perlindungan
  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
  • Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
  • Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat Sampingan

  • Pendahuluan Dana Pendidikan
  • Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang, terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP denganlebihan Akaun Khas Peserta.
  • Manfaat Perlindungan Komprehensif
  • Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.•
  • Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)• Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)• Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)• Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)• Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)• Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)•
  • Rider Manfaat Pendapatan Keluarga (Pembayar Sahaja)• Tabungan Tambahan

Anugerah Intelek kepada pelajar yang cemerlang:

UPSR 5A dapat RM 500.00

PMR 8A dapat RM 750.00

SPM 8A dapat RM 1000.00

STPM 5A dapat RM 1000.00

Kelayakan Penyertaan

  • Had Umur -Sehingga 17 tahun
  • Tempoh Penyertaan-5 hingga 25 tahun
  • Umur Pada Tarikh Matang-13 hingga 25 tahun
  • Perlindungan Minimum-RM10, 000

Sumbangan Minimum

  • RM600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)
  • Pembahagian Keuntungan / LebihanPembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).
  • Pengecualian Cukai Pendapatan Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

*note :Daftar sekarang & dapatkan souvenir bernilai RM100 daripada kami

PELAN EHSAN

Di Etiqa Takaful kami yakin setiap keperluan masing-masing sungguh berbeza-beza. Oleh itu, kami cuba untuk memahami setiap keperluan anda agar kami dapat memberikan anda satu cara yang paling sesuai dengan menyediakan pelan yang khusus demi anda. Kini semuanya mampu memilih perlindungan tidak kira siapa jua diri anda.

MANFAAT
  • Manfaat kematian dan hilang upaya
    kekal menyeluruh di sepanjang tempoh
  • penyertaan sehingga tamat tempoh takaful.

TEMPOH / SUMBANGAN / UMUR
Tempoh perlindungan dan sumbangan adalah sama iaitu dalam pilihan tempoh gandaan 5 tahun dari serendah 5 tahun hinggalah 30 tahun.


Sumbangan terendah ialah RM 360 setahun. Umur peserta mestilah dari 18 tahun (genap) hingga 55 tahun (harijadi akan datang).

PELAN SAKINAH

Kami di Etiqa Takaful sentiasa meneroka apa sahaja keperluan anda sambil saling menyempurnakan apa sahaja hajat di hati. Kerana kami begitu memahami keperluan masing-masing tidak sama; jadi kami mudahkan dengan menjadi lebih fleksibel demi anda memenuhi impian hidup.

Etika Takaful Sakinah menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.

TN Sakinah 1
Memberikan elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus; tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta.

TN Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.

Manfaat Pilihan / Rider

TN Sakinah 1
TN Sakinah 1 - Bertempoh dengan Simpanan
TN Sakinah 2 - Bertempoh

Manfaat
  • Manfaat Kematian dan keilatan Akibat Kemalangan
  • Manfaat Indemniti Kemalangan
  • Manfaat Hospital
  • Penyakit Kritikal
  • Rider Bertempoh

TN Sakinah 2

  • Manfaat Kematian dan keilatan Akibat Kemalangan
  • Manfaat Indemniti Kemalangan
  • Manfaat Hospital
  • Penyakit Kritikal

Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 600.00. Pilihan Sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.


Peserta Pertama :
Minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun


Peserta Kedua :
Minimum 90 hari dan maksimum 60 tahun

*note :Daftar sekarang & dapatkan souvenir bernilai RM100 daripada kami

PELAN WARISAN

Harapan kami agar warisan dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat agar generasi masa akan datang dapat menikmati kehidupan penuh bermakna. Etiqa Takaful memahami kehendak sebenar anda ini demi menjalin sepenuhnya aspirasi dan harapan, kami telah merangka satu pelan yang membantu anda demi masa depan.

MANFAAT
  • Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat. Itulah dia kelebihan produk Etiqa Takaful.
  • Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.
  • Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM 200,000.
  • Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akan Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.


KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur: 6 bulan hingga 60 tahun.

*note :Daftar sekarang & dapatkan souvenir bernilai RM100 daripada kami